Salam sejahtera buat peminat gunung sekalian..
Kali ni trip santai balik hari..
Trip di Gunung Pulai..
Gunung Pulai terletak sempadan Kulai/Pontian
Pernah dibuka untuk awam sekitar tahun 90 an
Tetapi ditutup semula pada tahun 2000 dengan alasan tanah tidak stabil
Ketinggian hanya 654 meter dari aras laut atau jarak trekking 4200m
Jika ke puncak memakan masa 2 jam (ikut stamina)
| Trek landai |
| Selfie trek |
| Air mineral gunung |
| Pumcak Gunung Pulai |
| Ada menara celcom |
| Selfie Puncak |
Sebenarnya yang mendaki 2 orang jer..
Bermula jam 4 petang dan tiba di puncak jam 6 petang
Ketika itu ramai pendaki telah kebanyakannya turun
Dan seperti sedia maklum memang akan turun waktu maghrib
Persediaan peralatan:
Lampu picit
Botol air 3 botol
100 plus
Megi
Milo
Beg daypack
Alhamdulilah semasa turun tiada gangguan
Kekuasaan Allah,unggas menemani kami berdua
Apabila tiba hampir dengan pintu pagar unggas tersebut tidak mengikut kami
Jika mahu mendaki gunung ini:
a)Dapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga sekiranya bawah 18 tahun
b)Cas telefon penuh..(sentiasa ada line)
c)Jalan tar sehingga puncak
d)Puncak dikawal oleh tentera
e)Pergi ke pencawang (pada penanda 4500m bahagian kiri jalan).Boleh nampak view IOI
f)Rancang masa pendakian..sediakan kelengkapan asas secukupnya
g)Ada air terjun..tapi sangat kotor
Sekian trip kami berdua..alhamdulilah..kawan sy berpuas hati.
No comments:
Post a Comment