30.7.15

Persediaan Pendakian Gunung Tok Nenek (Siri 1)

Salam sejahtera
Dah lama tidak kemaskini apa aktiviti yang baru.
Lantaran sibuk dengan kerja,sambut kelahiran,berpuasa dan menyambut hari raya.
Kali terakhir mendaki ketika mendaki bersama rakan di Gunung Pulai.

Aktiviti berikut adalah pendakian Gunung Tok Nenek,Perak.
Sebahagian dari G7 dan ketinggian 1916 m dari aras laut
Sebenarnya ini adalah kali pertama saya mendaki melebihi 1500 m dari aras laut.
Bertarikh 28 Ogos-3 September.
Sebenarnya boleh naik 3 gunung tetapi gunung x lari ke mana .
Lutut nak pakai lama..stamina pun kena build up balik

Apakah persediaan?
1.Berjumpa rakan yang pernah mendaki
Mengikut seorang rakan,agak senang untuk menemui waterpoint..Jadi x perlu memikul beg galas air.Trek mencuram dan melalui laluan buluh.Menurutnya gunung tok nenek menjanjikan permandangan 360 darjah dan digalakkan membawa kamera.

2.Repack barang..cari beg..basuh kasut..
Dah lama tinggal jadi kena kemaskini barang apa yang ada.Packing kamera dslr..bateri recharge dan lensa apa yang perlu dibawa

3.Persediaan mental.
Ok..gunung mana yang santai macam berjalan kaki di lautan?

4.Stamina
Kena berlari anak..jogging..berjalan pantas..pendakian gunung rendah

5.Kesihatan
Ok..yang ini amat penting

6.Pemberitahuan keluarga dan majikan
Jika kecemasan mereka tahu ke mana kita pergi selain urusan cuti

Siri 1 ni tidak menjanjikan apa apa cerita menarik..Jadi tunggu siri 2 sesi pendakian gunung rendah bawah 500m dengan rakan.

27.3.15

Regrouping....Perancangan sebelum mendaki berkumpulan

Regrouping ...
Dalam bahasa malaysia :berkumpul semula..

Ciri ciri pendakian berkumpulan:
1.Lebih dari seorang pendaki..
2.Terdiri daripada ketua kumpulan..ahli kumpulan..sweeper dan guide.
3.Gunung tidak spesifik..Mana mana gunung di malaysia adalah digalakkan mendaki secara berkumpulan.
4.Ada kumpulan yang didaftarkan mengikut kelab dan ada juga yang offcore..(tidak mendaftar)
5.Terdapat tentatif program walaupun secara lisan.

Grouping ni ada beberapa peringkat.
Peringkat pertama:
Perbincangan beberapa ahli kumpulan untuk menetapkan dimana untuk mendaki.Beberapa mesyuarat diadakan untuk mencapai persetujuan.Agihan tugas seperti berurusan dengan pihak polis/renjer/guide,makanan/ration untuk beberapa hari dan jangan dilupakan pasukan perubatan(yang ditugaskan untuk membawa paracetamol/ubat ringan jika ada yang tercedera)

Peringkat kedua:
Sebelum bertolak,kumpulan ini akan menyediakan senarai semak apa yang ada/yang x der/makanan/perubatan/resit rasmi/senarai ahli untuk diperiksa,

Peringkat ketiga.
Tiba di kaki gunung,regrouping diadakan untuk perkenalan dengan guide/sesi mendaftar dgn jabatan hutan/hantar senarai ahli ke balai polis
Taklimat oleh guide akan disampaikan kepada kumpulan yang ditubuhkan

Peringkat keempat
Semasa mendaki tidak semua ahli kumpulan fit..ada yang krem/cedera dan sebagainya..Guide/ketua kumpulan akan regrouping semula dan bahagikan kepada 3 kumpulan:

a)Kumpulan krem/cedera
Yang ini akan berjalan dahulu sambil dipandu oleh guide
b)Kumpulan sederhana
Membantu yang krem/cedera untuk sokongan moral
c)Kumpulan fit.
Kumpulan cergas yang boleh berlari ke puncak.

Setiap 2 jam sekali digalakkan untuk regrouping semula bagi memastikan semua ahli kumpulan cukup

Peringkat kelima
Pembahagian tugas

a)Mana yang sampai dahulu digalakkan memasak air untuk diberi kepada ahli kumpulan lain
b)Pasang khemah/memasak bagi yang sampai dahulu
c)Bagi yang baru sampai membantu yang dah lama sampai
d)Yang lambat sampai boleh lah membantu basuh pekakas pinggan/piuk/atau yang dirasakan perlu.

Itu sahaja info yang nak sy kongsi.Penting regrouping ni bagi memastikan aktiviti mendaki berjalan dengan baik..

20.3.15

Chemerong-Berembun-Lansir..Salam Kerinduan (Trip 2)

Kisah dan Laporan disampaikan oleh Kak ti..
Admin tidak pergi lantaran ada perkara yang lebih memerlukan..

Kenapa Chemerong-Berembun-Lansir?
-Pemandangan mengujakan
-Trek yang mencuram hingga ke kem balak..tapi bila jumpa sungai..lupa segala kecuraman
-Air terjun Lansir yang begitu mempesonakan terutama awal pagi.
-Mandi manda setiap kali tiba cekpoint air..

Layan dulu gambar..(ehsan dari kak ti)














Sedikit maklumat:
-Hutan Lipur Chemerong terletak kira kira 30km dari Bandar Al Muktafi Billah Shah atau 100 km dari Kuala Terengganu
-Tidak perlu risau waterpoint..

-Maklumat trek..
a)Sedikit laluan bersimen hingga ke jambatan gantung.
b)Perlu menyeberangi sungai untuk pergi ke Kem Balak.
c)Laluan trek sedikit mencuram sehingga berpeluh-peluh untuk setengah jam pertama.Bagi yang amatur anda memerlukan 180 minit untuk ke kem Balak..
d)Dari kem Balak laluan landai hingga ke kem Y.
e)Dari kem Y laluan landai dan sedikit mencuram memakan masa 120 minit untuk ke air terjun Lansir.Anda digalakkan bermalam untuk menikmati permandangan matahari terbit keesokkannya.
f)Turun ke sungai Banggang...mandi dulu..
g)Kemudian mengikut laluan sama turun ke kaki gunung 
Bergantung kepada stamina,tahap kecergasan dan kesihatan memasing..

Persediaan mendaki.
a)Lakukan senaman ringan 3 bulan sebelum program berlangsung
b)Peralatan camping basik harus disediakan..
c)Mohon guide (PENTING),serta jabatan perhutanan
d)Banyakkan bacaan doa,solat hajat sebelum berlangsung
e)Jangan lupa kamera untuk upload di fb..

Apapun jika ada kesempatan berkemungkinan trip 3 CBL akan dilaksanakan September ini..Insya allah..

13.3.15

Persediaan Pendakian..

Salam sejahtera semua..
Esok cuti dan ada di kalangan rakan mula mendaki Chemerong..
Semoga selamat pergi dan selamat kembali.
Bagi yang baru nak mendaki..first time..apa perlu di buat..?

1.Lihat diri sendiri dahulu.
Aktif sukan..sederhana..pasif..

2.Jika pasif..sederhana dicadangkan setiap pagi/petang/masa lapang melakukan joging atau aktiviti naik tangga.
3.Ada smartphone..search gunung yang ingin didaki..
Gunung ada banyak jenis..ada yang mempunyai sumber air..
ada yang mempunyai trek
ada yang mempunyai jalan tar ke puncak/tangga dan sebagainya
ada yang tiada sumber air langsung
kena tebas semak samun
kena cari gps..

apapun,kaji dahulu trek.

4.Jangan percaya cakap orang..'landai jer..'
Secara jujur tiada gunung yang landai.cuma yang membezakan trek curam,bertar,kena tebas atau sebagainya

5.Persediaan peralatan:
Lampu headlamp..bateri yang dah caj
Pisau
Kasut/adidas kampung
Baju bersesuaian
Seluar bersesuaian
Beg haversack minimum 45 liter
Khemah/flysheet
Lighter/fire starter

6.Jika ada alat ini lebih baik
Pistin
Dapur gas kecik
Botol gas yang penuh
Sudu/garpu
Jam bersesuaian
Tali
Kompas
 Jam kompas..(boleh tau arah kiblat)
Water tank

7.Makanan yang dicadangkan..(personal)
Coklat bar
Kurma
Air isotonik.
Megi..
Beras
Sardin

8.Jika ikut group mendaki (bermalam)
Jangan pentingkan diri sendiri dengan memenuhkan beg dengan barang personal
Sediakan sedikit ruang untuk barang group.Ikut arahan dan jangan berlagak..orang x suka

9.Enjoy dan semoga berjaya..Jangan lupa amek gambar/upload di fb..

9.3.15

Kekejangan ketika mendaki

Gambar ketika mendaki gunung Panti
Setiap orang dalam dunia pernah kejang...
Tidak kisah samaada pendaki profesional/amatur sehinggalah wanita yang mengandung.
Apakah kekejangan otot..

Kekejangan otot adalah
"kontraksi otot yang kuat di luar kawalan"

Ada beberapa jenis kekejangan otot
a)Kejang otot lepas senam
b)Kehausan otot akibat aktiviti melampau
c)Tak warming up/cooling down sempurna
d)Akibat cuaca panas/dehydration

Faktor kejang:
a)Umur
b)Dehidrasi
c)Teknik regangan otot salah
d)Tempoh akitiviti berlebihan.

Apa perlu buat jika kejang semasa mendaki.
a)Jika membawa beban/beg...suruh rakan anda membantu membawa beg tersebut
b)Rehat dulu dan jangan panik
c)Minum banyak air dan jangan minum minuman kafein
d)Letak ais untuk mengurangkan kekejangan
e)Lakukan urutan ringan
f)Melangkah perlahan lahan mengikut step yang kecil.Jika terasa kejang,berhenti seketika.(Jangan berhenti terus sehingga tidak boleh bergerak)
Cara nak elak..:
a)Jaga pemakanan/ambil makanan yang banyak magnesium/kalsium..
b)Minum air garam ORS/ENO/garam laut.9 g/100 ml air masak dengan garam terlarut sebanyak 9g
c)Lakukan pemanasan secukupnya
d)Setelah selesai mendaki lakukan cooling down secukupnya

Selamat mendaki dan apapun utamakan keselamatan diri sendiri..